Pemimpin Bersatu bantah kemasukkan Pejuang, Mukhriz terpinggir

 

PETALING JAYA: Pemimpin Bersatu membantah permohonan Pejuang untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), sambil “menyerang” Mukhriz Mahathir selaku presiden parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman, berkata beliau secara peribadi menolak penyertaan Pejuang dalam PN yang dianggap tindakan “terdesak, oportunis dan tiada prinsip” susulan kalah teruk pada PRU15.



Semua calon Pejuang, termasuk Mukhriz dan bekas pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad hilang deposit pada PRU15.

Dalam hantaran di Facebook, Faiz berkata, beliau ada menghantar mesej kepada Mukhriz sebelum PRU15 mengajak bersama PN berdepan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, beliau berkata jawapan Mukhriz menimbulkan kemarahannya selepas bekas menteri besar Kedah itu membalas: “Sekarang baru nak fikir ego”.

Faiz juga ada memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Mukhriz dalam hantaran itu.



Terdahulu, Mukhriz berkata, Majlis Eksekutif Pusat Pejuang memutuskan parti itu memohon menyertai gabungan diterajui Muhyiddin Yassin.

Katanya, tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya semata-mata hanya untuk tujuan mengelak daripada pertindihan kerusi ditandingi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, berkata beliau belum menerima apa-apa maklumat mengenai permohonan Pejuang menyertai PN.

“Sudah pasti ia akan dibincangkan dengan parti komponen lain dan PN akan membuat keputusan,”



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker