SPRM bawah parlimen, kerajaan akan teliti

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti cadangan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan sewajarnya akan diambil sebaik sahaja penelitian mengenai syor berkenaan selesai.

“Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan amat terbuka akan pandangan dan saranan yang disuarakan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Yang Berhormat bagi meningkatkan keberkesanan SPRM.

“Perkara ini akan diteliti oleh pihak berkaitan bagi tindakan yang sewajarnya,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk membawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke bawah bidang kuasa Parlimen dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Beberapa pihak sebelum ini mencadangkan supaya SPRM diletakkan di bawah Parlimen bagi memastikan proses semak dan imbang agensi itu lebih bebas dan telus.

Ia susulan wujud pelbagai dakwaan termasuk berlaku pendakwaan terpilih ke atas pemimpin parti politik tertentu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker