Duit ‘show’ masih tertunggak, Caliph Buskers terkenang cuma ada RM10

BANGI – Penantian Caliph Buskers untuk menerima bayaran hasil titik peluh menjayakan sebuah festival sejak lebih dua bulan lalu masih belum berakhir.

Sehingga kini, penganjur hanya melunaskan sebahagian kecil bayaran biarpun beberapa kali didesak.

Mewakili kumpulannya, Azmi Saat berkata sehingga kini mereka hanya dibayar RM2,000 daripada jumlah keseluruhan RM10,300 seperti yang dijanjikan penganjur.

Menurut penyanyi itu, dia masih terkenang peristiwa cuma membawa RM10 semasa ke tapak persembahan kerana menyangka akan menerima bayaran penuh sebaik menyelesaikan tanggungjawab.

“Saya tak malu mengaku pada waktu itu saya cuma ada tunai di tangan sebanyak RM10 yang hanya cukup untuk sekali makan tengahari. Dapatlah merasa nasi kandar.

“Kawan lain pun tak bawa duit banyak sebab masing-masing sangka dapatlah bayaran penuh selepas berkongsi ‘tuang’ minyak untuk ke lokasi karnival di Pulau Pinang itu.

“Masa itu semua tengah ‘sesak’, ada duit simpanan sikit-sikit dalam bank tetapi kami masih menaruh harapan mungkin keesokkan hari penganjur bayar.

“Kalaulah dia tahu macam mana keadaan kami pada hari itu, makan pun kena bercatu,” katanya mengimbas insiden ketika mengadakan persembahan pada 9 dan 10 Disember tahun lalu.

Sementara itu, teman seperjuangannya, Fendy Adlun pula mendedahkan mereka terpaksa meminjam daripada rakan lain untuk menampung perbelanjaan sepanjang dua hari di sana.

“Dalam perjanjian penganjur minta kami dulukan duit minyak sebanyak RM300 manakala kenderaan untuk kami bertujuh disediakan pihak terbabit.

“Tapi janji tinggal janji, selepas didesak dapatlah RM2,000 dan sampai sekarang mereka (penganjur) senyap semula.

“Memang sedih. Daripada jumlah itu cuma berbaki sikit saja selepas langsaikan hutang kawan,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM), baru-baru ini.

Mengakui insiden tersebut membuatkan mereka lebih berhati-hati, Caliph Buskers turut menasihatkan rakan artis lain supaya membuat perjanjian hitam putih bagi mengelakkan risiko.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker