Amazon Web Services umum pelaburan RM25.5 bilion di Malaysia

Amazon Web Services umum pelaburan RM25.5 bilion di Malaysia

Amazon Web Services (AWS) bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion sehingga 2037.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata AWS telah komited kepada pelaburan teknologi antarabangsa terbesarnya setakat ini di Malaysia.

Katanya, dengan pelaburan baharu AWS itu, pihaknya berharap dapat melihat peningkatan yang lebih besar dalam transformasi digital dan kepercayaan digital dalam masyarakat Malaysia.

“Ini seterusnya akan membawa kepada inovasi dan pelaburan yang lebih besar di Malaysia, mendorong negara untuk benar-benar menjadi pusat data Asia Tenggara dan hab digital untuk rantau ini.

“(Selain itu) dengan membawa akses kepada infrastruktur AWS yang bertaraf dunia, teknologi termaju dan program kemahiran digital termaju ke Malaysia akan membuka peluang untuk perniagaan tempatan membina dan berkembang di peringkat global.

“…memupuk tenaga kerja yang didayakan secara digital, merangsang penciptaan pekerjaan dan menyampaikan pertumbuhan ekonomi jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menerusi rakaman video yang disiarkan di majlis Kemas Kini Utama Perniagaan: AWS Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelaburan itu juga akan memajukan wawasan Malaysia Madani mengenai ekonomi berkemahiran tinggi, inovatif, inklusif dan mampan di mana kekayaan dikongsi dengan lebih saksama.

“Hari ini, kita telah melihat sejumlah besar syarikat Malaysia – daripada syarikat permulaan kepada perusahaan – mengubah perkhidmatan dan proses mereka, menghasilkan inovasi yang lebih besar, pemprosesan data yang lebih selamat dan kos operasi yang lebih rendah dengan Penyedia Perkhidmatan Awan seperti AWS.

“PETRONAS menjadi contoh terbaik bagaimana sebuah organisasi terkemuka Malaysia mempercepatkan perjalanan Transformasi Digitalnya dengan memanfaatkan kuasa awan untuk memodenkan IT (teknologi maklumat), memacu operasi yang lebih bijak dan keputusan yang lebih pantas melalui cerapan daripada analisis data, dan membina aplikasi digital baharu seperti SETEL untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Begitu juga dengan Silverlake Axis, sebuah syarikat kewangan dan fintech yang diasaskan di Malaysia, yang telah menggunakan AWS untuk mendigitalkan dan memodenkan 25 aplikasi yang membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan yang lebih inovatif kepada pelanggan mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata, apabila mengambil alih tampuk pentadbiran, beliau telah menetapkan konsep Malaysia Madani untuk menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang lebih saksama dan sejahtera.

“Untuk merealisasikan konsep ini, ekonomi Malaysia perlu bergerak melangkaui komoditi dan pembuatan konvensional kepada ekonomi nilai tambah tinggi abad ke-21 yang memanfaatkan teknologi digital termaju, kreativiti dan inovasi.

“Sumbangan ekonomi digital kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara berjumlah 23.2 peratus pada 2021. Matlamat kami untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada 25.5 peratus daripada KDNK Malaysia menjelang 2025 dilihat mampu dicapai.

“Ini boleh dilakukan melalui pelaburan sektor awam dan swasta dalam infrastruktur digital, modal insan, kapasiti perniagaan dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik,” katanya. BH

Amazon Web Services umum pelaburan RM25.5 bilion di Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker