Jalan runtuh, penduduk Felda Selancar terperangkap

Jalan runtuh, penduduk Felda Selancar terperangkap

ROMPIN: Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan lebih 5,000 penduduk di Felda Selancar, Rompin, Pahang, terputus hubungan susulan laluan utama ke kawasan itu runtuh, awal pagi tadi.

Lebih buruk, laluan alternatif ke kawasan melibatkan 10 tanah rancangan itu turut ditenggelami air dan tidak dapat dilalui semua kenderaan.

Difahamkan, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa lokasi di tanah rancangan bersempadan Segamat, Johor itu ditenggelami air, menurut Utusan Malaysia.

Ketua Polis Rompin, Azahari Mukhtar, berkata jalan utama Felda Selancar ditutup kedua-dua arah ekoran jalan tersebut runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat.

“Jalan Selancar 3 menuju ke Felda Redong juga ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam 0.9m,” katanya. FMT

Jalan runtuh, penduduk Felda Selancar terperangkap

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker