Hujan berterusan tiga hari cetus banjir kilat

Hujan berterusan tiga hari cetus banjir kilat

KUCHING: Hujan berterusan dengan lebat sekejap-sekejap sejak Sabtu lalu mencetuskan banjir kilat di beberapa kawasan di Sarawak, awal pagi ini.

Berikutan itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Bau bagi menempatkan 17 mangsa daripada tujuh keluarga.



PPS terbabit ialah Dewan Tanjung Batu yang dibuka pada jam 6.40 pagi tadi dengan seramai 13 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan.

Satu lagi PPS diaktifkan pada jam 7 pagi iaitu di Balai Raya Kampung Opar yang menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, berkata antara kawasan terjejas akibat hujan berterusan itu ialah tujuh kampung di daerah Matu dalam Bahagian Mukah.

Kawasan terbabit ialah Kampung Jemoreng, Kampung Sekaan Besar, Kampung Bertong, Kampung Bawang, Kampung Sekaan Kecil, Kampung Tian dan Kampung Taman Sejahtera.



Katanya, pemantauan sehingga jam 8 pagi tadi mendapati paras air semakin menaik, bagaimanapun tiada pemindahan penduduk dilakukan di kawasan terbabit.

Di Padawan, antara kampung terjejas ialah Kampung Benuk, Kampung Bratan, Kampung Bawang, Kampung Simpok, Kampung Punau, Kampung Sumur Bunuk, Kampung Sikog dan Kampung Jambu.

Sementara itu, beberapa kawasan di pinggir bandar raya Kuching turut terjejas antaranya Batu Kawa, Batu Kitang serta beberapa penempatan di tebing Sungai Sarawak.

Sementara itu, seorang penduduk di Jalan Sri Wangi di sini, Noraida Abdul Kassim berkata, air mula memasuki rumah penduduk pada jam 2 pagi.



Menurutnya, hujan berterusan sejak Sabtu lalu, namun mula lebat sejak jam 7 petang semalam.

“Air naik sehingga paras lutut di dalam rumah kami menyebabkan banyak perabot tidak sempat diselamatkan,” katanya. BH

Hujan berterusan tiga hari cetus banjir kilat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker