Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Sebuah kumpulan memberi amaran bahawa kerajaan negeri Selangor bakal mengundang kemarahan pengundi yang tinggal berhampiran Hutan Simpan Bukit Cherakah jika tidak mengendahkan kebimbangan mereka terhadap kerja pembangunan di sana.
Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail, berkata sikap mereka terhadap kebimbangan orang ramai boleh menyaksikan kerajaan negeri dihukum pada pilihan raya negeri.
“Sikap acuh tak acuh kerajaan negeri terhadap bantahan orang ramai khususnya masyarakat setempat yang tinggal di sekitar hutan simpan adalah amat tidak wajar.
“Masyarakat setempat (yang merupakan pengundi di Kota Anggerik) bakal mengundang penolakan terhadap calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri sebagai tanda protes,” katanya dalam kenyataan.
Razak turut mengingatkan Menteri Besarnya Amirudin Shari mengenai arahan pemberhentian sebarang kerja yang dikeluarkannya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Ogos lalu, dua kumpulan aktivis alam sekitar, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) dan Shah Alam Community Forest Society (SACF) telah mencabar kerajaan negeri Selangor di mahkamah berhubung keputusannya untuk menyahwartakan tapak seluas 406.22 hektar melalui pelaksanaan keputusan yang dibuat selama 22 tahun lalu.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa siasatan awam mesti diadakan berhubung pembangunan hutan simpan, seperti yang ditetapkan di bawah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011.
Bagaimanapun, pada November, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan kumpulan itu.
Dua NGO terbabit kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Pada masa sama, SACF melancarkan petisyen di Facebook dan mengumpul 105,000 tandatangan daripada orang ramai yang membantah pemusnahan hutan oleh kerajaan negeri.
Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri tetap meneruskan penyahwartaan kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah bagi mengelak risiko tindakan undang-undang diambil syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan di tanah itu.
Jelas Amirudin, anak syarikat negeri yang mempunyai kepentingan di hutan tersebut akan diminta untuk tidak meneruskan projek pembangunan kecuali yang membabitkan kepentingan awam seperti pembinaan jalan dan tanah kubur.
Bagaimanapun katanya, jika ia melibatkan syarikat swasta, mereka tidak berupaya berbuat apa-apa kerana ia adalah keputusan kerajaan sebelum ini selain tidak ada ruang kecuali bersedia membayar ganti rugi jika mereka diarah menghentikan kerja-kerja di hutan itu. FMT
Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’