Cas telefon dalam masjid haram – Ustaz Azhar

Cas telefon dalam masjid haram – Ustaz Azhar
Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum mengecas telefon dalam masjid adalah haram melainkan ia telah diwakafkan oleh pihak masjid.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjawab persoalan tersebut ketika mengadakan ceramah di Masjid Al- Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Jelasnya, hukum tersebut adalah haram kerana masjid tidak boleh disamakan seperti rumah sendiri kerana kebanyakan barang telah diwakafkan.

“Jika kita yang bayar bil elektrik masjid, kita boleh cas telefon. Contohnya, bayar RM2,000 setiap bulan. Tetapi kalau orang lain yang bayarkan, tidak boleh.

“Melainkan ada soket disediakan khas ditulis sebagai wakaf cas telefon percuma. Kerana harta itu dikira harta sabil atau wakaf.

“Paling kerap buat dosa, apabila ahli jawatankuasa masjid bawa barang-barang masjid balik rumah. Contohnya pinjam karpet, bawa balik sebab anak ingin kahwin,” katanya.

Tambahnya lagi, menurut riwayat Imam Nawawi, haram hukumnya jika orang ramai mengambil wuduk di mesin penapis air di masjid kerana telah diwakafkan untuk diminum sahaja. K Online

Cas telefon dalam masjid haram – Ustaz Azhar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker