Proses tender semula projek tebatan banjir akan dipercepatkan – Zahid

Proses tender semula projek tebatan banjir akan dipercepatkan – Zahid

Kerajaan tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk proses tender semula enam projek tebatan banjir, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Ini kerana, kata pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana negara itu, kawasan projek terbabit telah dikenal pasti dan skop kerja sudah dilaksanakan.

“Pada hemat saya, proses tender semula untuk enam tebatan banjir ini tidak akan mengambil masa terlalu panjang kerana dulu kita melakukan tender terpilih.

“Oleh itu, untuk memastikan tender ini terus berjalan, kaedah perolehan harus dilakukan secara penelitian,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kesedar di Gua Musang.

Jumaat lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan enam projek tebatan banjir akan ditender semula selewat-lewatnya Jun ini.

Ia membabitkan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi dan pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir serta sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor serta projek lain, iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3 di Kelantan.

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah turut mengarahkan ketua pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyegerakan bayaran wang ihsan kepada mangsa banjir.

“Arahan saya kepada Nadma supaya bayaran diberi sebaik mangsa banjir kembali ke rumah dan bantuan itu boleh digunakan untuk memperbaiki barangan rumah yang rosak.” FMT

Proses tender semula projek tebatan banjir akan dipercepatkan – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker