Wartawan mati ditembak ketika bertugas di lokasi kejadian bunuh

Wartawan mati ditembak ketika bertugas di lokasi kejadian bunuh

Seorang wartawan sebuah syarikat penyiaran Amerika Syarikat (AS) mati ditembak ketika membuat liputan insiden pembunuhan di Orlando, Florida.

Rakan setugas, jurukamera yang berada bersamanya ketika itu, turut ditembak dan dilapor berada dalam keadaan kritikal.
Kedua-dua mangsa dari Spectrum News 13 dipercayai sedang membuat liputan kejadian pembunuhan di Pine Hills yang berlaku beberapa jam sebelum itu.

Mereka yang berada di dalam kenderaan berhampiran lokasi pembunuhan awal didatangi suspek yang bertindak melepaskan tembakan.
Suspek kemudian meluru ke arah sebuah rumah berdekatan dan menembak mati seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Polis berjaya menahan suspek, Keith Moses, 19, tidak lama kemudian dan motif kejadian sedang disiasat.

Tidak dapat dipastikan sama ada suspek menyasarkan kesemua mangsa atau jika tindakan dibuat secara rambang.

Dalam satu sidang akhbar, Syerif Orange County John Mina berkata kedua-dua kru stesen TV itu diserang kira-kira jam 5 petang waktu tempatan.

Menurutnya, mangsa sedang melaporkan kejadian pembunuhan seorang wanita yang berlaku pada jam 11 pagi apabila suspek kembali ke lokasi dan melepaskan tembakan.

Selepas menyerang kedua-dua wartawan dan jurukamera itu, suspek masuk ke rumah berhampiran di Harrington Street dan menembak kanak-kanak itu dan ibunya.

Ibu kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital, katanya lagi.

Sementara itu, seorang wartawan stesen TV Orlando WESH 2 melaporkan dia dan jurukamera sempat meninggalkan tempat kejadian hanya beberapa saat sebelum insiden tembakan itu berlaku. Aw

Wartawan mati ditembak ketika bertugas di lokasi kejadian bunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker