Remaja dimandikan jenazah dihantar ke Henry Gurney

Remaja dimandikan jenazah dihantar ke Henry Gurney

Remaja yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku salah mencuri wang tabung surau, tahun lalu.

Majistret Nur Hafizah Rajuni membuat keputusan itu semalam selepas meneliti laporan sosial dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap Daniel Iskandar, 20, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

“Tertuduh adalah pesalah muda. Oleh itu, memerintahkan tertuduh dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, Daniel didakwa mencuri wang RM74 daripada tabung milik surau Al Munir Batu 17 Kuang, Rawang pada 12.44 tengah hari 5 Disember 2022, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, tertuduh hendaklah dihukum penjara dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak melakukan kesalahan sama.

Peguam Suhaida Mohd Sobri daripada Jabatan Bantuan Guaman, Negeri Selangor yang mewakili Daniel memohon hukuman ringan dengan mengambil kira laporan sosial yang dibacakan oleh wakil JKM selain anak guamnya pesalah muda serta telah insaf.

“Sebelum ditangkap, tertuduh bekerja di bengkel kereta dan dijaga oleh datuknya. Ibu bapa anak guam saya telah bercerai dan dia anak sulung daripada tiga beradik yang seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU),” kata peguam itu.

Dalam pada itu, pegawai JKM Mohamad Hanafi Sedi memohon supaya Daniel diperintahkan ditahan di sekolah itu sehingga mencapai 21 tahun.

Pada 13 Januari tahun lalu, Daniel dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Januari tahun lalu, mengetepikan hukuman penjara dan denda itu terhadap Daniel, menggantikannya dengan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu dilaksana dalam tempoh enam bulan, ditumpukan dengan khidmat di masjid-masjid. HM

Remaja dimandikan jenazah dihantar ke Henry Gurney

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker