Nasir Search serah borang pencalonan

Nasir Search serah borang pencalonan

“Bukan saya mendaftar sebagai wakil calon UMNO, sebaliknya mewakili isteri, Noraziah Saadon,” demikian penjelasan pemain bass kumpulan rock legenda Search, Nasir Daud, 63, selepas gambar serah borang kepada kakitangan UMNO ketika Pendaftaran Calon Pemilihan UMNO 2023-2026 di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn tersebar, hari ini.

Nasir berkata, isterinya, Noraziah, 53, yang juga ahli UMNO Bahagian Kulai, Johor menyertai Pemilihan EXCO Wanita UMNO yang berlangsung antara 1 Februari sehingga 26 Februari ini.



“Ada salah faham, sebenarnya saya hadir ke pejabat UMNO bagi mewakili isteri, Noraziah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Azi di kalangan ahli UMNO.

“Isteri menyertai pencalonan EXCO Wanita UMNO, memandangkan sekarang UMNO ada membuat pemilihan. Dia sebenarnya sudah lama menyertai UMNO, lebih daripada 20 tahun.

“Saya hanya mewakili dan menghantar borang memandangkan isteri berada di Johor. Saya bukanlah ahli politik mana-mana parti,” katanya kepada BH Online.

Berikutan itu, Nasir memohon orang ramai menyokong isterinya yang berpengalaman dalam bidang politik.



Ini kerana, katanya, dia percaya isterinya mampu menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan baik.

“Jadi, orang ramai boleh sokong individu seperti isteri yang berpengalaman dalam UMNO. Malah, isteri juga mahir dalam sepak terajang politik.

“Sebab ibu mentua saya juga terbabit dalam dunia politik,” katanya.



Melihat isterinya aktif dalam bidang politik, Nasir juga tidak menolak kemungkinan akan terbabit dalam dunia politik.

“Masanya akan tiba. Saya tidaklah menidakkan saya tidak akan menyertai dunia politik. Sekiranya diberi ruang dan peluang, insya-Allah saya akan mempertimbangkan.

“Sebagai artis, saya sudah biasa dan tak boleh dipisahkan dengan masyarakat.

“Mungkin pembabitan artis boleh memberikan keseimbangan dalam politik. Ini kerana artis berupaya mendekatkan diri dengan masyarakat secara santai.



“Kalau dilihat di negara lain, ramai juga artis terbabit dalam dunia politik. Jadi, saya tidaklah mengatakan takkan sertai politik.

“Saya akan cuba apa yang patut sekiranya diberi peluang dan tidak keberatan berkhidmat,” katanya. BH

Nasir Search serah borang pencalonan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’



Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker