Anwar hantar notis tuntutan kepada Awang

Anwar hantar notis tuntutan kepada Awang

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, berhubung kenyataan yang menuduh perdana menteri berdendam lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad dan mengamalkan pendakwaan berpilih.

Dakwaan Awang itu terkait dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM6.9 juta dihadapi Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.



Firma guaman, Tetuan S N Nair dan Partners yang mewakili Anwar berkata, Perdana Menteri juga menuntut bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu menarik balik kenyataan fitnah secara umum itu dan berjanji tidak akan mengulangi dakwaan itu lagi.

“Anak guam (Anwar) mengarahkan kami untuk menuntut ganti rugi substantif daripada Yang Berhormat (Awang) atas kecederaan teruk yang dilakukan ke atas reputasinya. Anwar menuntut daripada Yang Berhormat pembayaran semua kos guaman yang berbangkit daripada perkara ini.

“Notis ini ditulis selaras dengan protokol pratindakan sebelum permulaan tindakan saman fitnah. Kami menunggu maklum balas Yang Berhormat tanpa apa-apa kelewatan.

“Sekiranya anak guam tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan perundangan terhadap Yang Berhomat,” katanya menerusi LOD yang dihantar kepada Awang bertarikh hari ini.



Ketika mengulas tuduhan rasuah terhadap Wan Saiful, Awang dilaporkan berkata ‘kalau inilah permulaan PM, dia adalah perdana menteri paling teruk di Malaysia. Malah Dr Mahathir yang dikata zalim pun tak (sezalim itu) setakat ini.’

Malah, Awang juga mendakwa sifat balas dendam Perdana Menteri sangat kuat dan sangat pendendam. BH

Anwar hantar notis tuntutan kepada Awang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’



Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker