Upah bunuh suami kaki mabuk dengan bayaran RM52

Upah bunuh suami kaki mabuk dengan bayaran RM52

Seorang wanita di Chiang Mai, Thailand, nekad mengupah orang untuk membunuh suaminya, gara-gara tidak tahan dengan sikap pasangannya yang dikatakan suka mendera.

Menurut portal The Thaiger, Kanda Cheewasawat, 46, dari perkampungan Khun Yuam melakukannya kerana mendakwa sudah tidak sanggup menjadi penderaan suaminya.



Mangsa, Phetchaburapa Meesri dikatakan ‘kaki mabuk’ sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka.

Disebabkan sukar untuk mencari pembunuh upahan, Kanda menawarkan kerja itu kepada Joma Ae iaitu petani miskin dari Myanmar.

Menyedari wang upah 400 baht (kira-kira RM52) ditawarkan tidak cukup, Kanda sanggup meyakinkan lelaki itu membunuh suaminya dengan menawarkan anak perempuannya sebagai ‘ganjaran’.

Ia bermakna Joma Ae dapat berkahwin dengan anak perempuan Kanda, jika dapat menyempurnakan misi berkenaan.



Media tempatan Thailand melaporkan mayat Phetchaburapa ditemukan jauh di dalam hutan di wilayah Mae Hong Son.

Jasad itu ditemukan dalam keadaan hampir tidak dapat dikenali.

Difahamkan, Phetchaburapa yang berusia 54 tahun dipukul dengan teruk dengan rotan buluh yang berat.

Dia kemudiannya dibelasah hingga mati oleh seorang lelaki dengan kayu. BH



Upah bunuh suami kaki mabuk dengan bayaran RM52

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker