Harga RON97 turun 3 sen

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.02 kepada RM2.99 seliter bermula esok sehingga 15 Disember depan.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit tersebut bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global biarpun harga pasaran sebenar kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Harga RON97 turun 3 sen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker