Wanita ditemui mati semasa terima rawatan tradisional

Wanita ditemui mati semasa terima rawatan tradisional

Seorang wanita meninggal dunia dipercayai ketika mendapatkan rawatan di rumah seorang pengamal perubatan tradisional di Pandan Perdana dekat Ampang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 41 tahun itu telah pergi ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan sejak seminggu lalu.

“Pemeriksaan di rumah tersebut mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah berkenaan sebelum disahkan mati oleh pegawai perubatan kesihatan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, bertindak atas kejadian dan laporan polis ibu mangsa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya telah menahan seorang wanita berusia 51 tahun yang merupakan pengamal perubatan tradisional di tempat kejadian.

“Siasatan sedang dijalankan oleh polis dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Polis akan membawa suspek ke mahkamah hari ini untuk melaksanakan permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Wanita ditemui mati semasa terima rawatan tradisional


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker