Atuk dan wanita muda ‘basah’ di dalam tandas ditangkap

 

TANGKAP layar memaparkan senario tangkap basah di tandas awam Madura. – Instagram

Seorang warga emas lelaki ditangkap basah selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam tandas awam, lapor laman berita Suara.com.

Serbuan ke atas pasangan itu tular selepas sebuah video yang merakam kejadian tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.

Rakaman memaparkan seorang lelaki bertopi keledar mengetuk pintu salah sebuah tandas awam dan cuba membukanya secara paksa.



Selepas beberapa kali pintu diketuk, pintu tandas dibuka dan seorang wanita muncul sambil membetulkan pakaian.

Bagaimanapun, wanita itu ditolak semula oleh lelaki tersebut ke dalam tandas. Seorang lelaki warga emas ditangkap turut berada di dalam tandas tersebut.

Dia menjadi sasaran kemarahan sehingga dijerit oleh lelaki yang menyerbunya. Ketika kejadian, warga emas itu hanya memakai kain pelikat.

Berdasarkan kapsyen hantaran tersebut, warga emas itu diserbu oleh anak lelakinya sendiri. Kejadian itu dikatakan berlaku di Madura, Indonesia.



Rakaman berkenaan mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Sudah cukup umur nak mati tapi masih gatal datuk ni,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker