Tuan Ibrahim dakwa BN ‘tiada reda’ Allah
Pas tidak pernah mempergunakan atau menunggang agama dalam perjuangan politiknya, tegas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, dakwaan mengukur keredaan Allah hanya kepada parti yang membentuk kerajaan sahaja adalah kenyataan yang tidak tepat.
“Menjadi kerajaan atau tidak bukan tanda Allah reda atau murka. Kalau itulah ukurannya, Nabi Muhammad tak jadi pemimpin di Mekah bukan bermakna baginda tidak mendapat keredaan Allah. Kerajaan Firaun yang zalim jadi pemimpin bukan bermakna Allah reda.
“Pas tidak pernah menunggang agama, sebaliknya menjadikan agama sebagai panduan dalam perjuangan, kita ikut apa yang Allah perintah walaupun dari segi politik kita rugi seperti menutup premis judi menyebabkan kaki judi tidak akan undi kita, namun kita buat kerana Allah melarang perjudian dan tiada agama membenarkan perjudian,” katanya menerusi WhatsApp semalam.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, mana-mana parti yang menjadikan Islam sebagai tunggangan mereka tidak akan mendapat keredaan Allah dan ia terbukti apabila ada parti yang memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) gagal membentuk kerajaan.
Tuan Ibrahim berkata, jika dilihat kepada keputusan PRU15, bermakna Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang tidak mendapat keredaan Allah.
“Kalau ikut logik yang beliau (Ahmad Zahid) nyatakan, BN kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor sebab tidak mendapat keredaan Allah lah,” ujarnya. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam
- Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!
- FAM bukan pak turut TMJ
- Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz
- Sarjan ditemui maut dengan 3 kesan tembakan
- Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi
- Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan
- Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid
- Muhyiddin antara suspek siasatan – SPRM
- Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
- Bekas ‘orang kuat’ Ismail Sabri dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO
- Pertemuan Pejuang-PAS, ‘kalau Mukhriz minta kerusi di Kedah saya jammed’ – Sanusi
- Usul tetap penggal Parlimen langkah menafikan kuasa budi bicara Agong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri
Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar