Trofi Oscar milik Michelle Yeoh kini berada di Ipoh

Michelle Yeoh (kanan) memuat naik gambar ibunya Datin Janet Yeoh (kiri) yang tersenyum gembira sambil memegang trofi kemenangan itu di Instagram. -IG Michelle Yeoh
PELAKON Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh pulang membawa trofi kemenangan Anugerah Oscar ke kediaman keluarganya di Ipoh, pada Rabu
Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Keng memuat naik gambar ibunya Datin Janet Yeoh yang tersenyum gembira sambil memegang trofi kemenangan itu di Instagram,.
Pelakon berusia 61 tahun itu turut membawa trofi berkenaan menziarahi kubur mendiang bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik.

Tulisnya di ruangan kapsyen, “Tanpa sokongan, kasih sayang, dan kepercayaan ibu bapa, saya tidak mungkin berada di mana saya berada sekarang”.

Aktres kelahiran Ipoh ini mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan Pelakon Wanita Terbaik pada majlis Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Mac lalu.

Michelle dijadualkan bertemu para peminat untuk program ‘Pride Of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet’ di Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker