Wanita berdarah emas mahu identitinya dirahsiakan

Wanita berdarah emas mahu identitinya dirahsiakan

Wanita dari Terengganu yang mempunyai ‘darah emas’ mahu identitinya dirahsiakan susulan tular berita beliau satu-satunya warga Malaysia antara 43 orang di seluruh dunia yang mempunyai darah unik itu.

Wanita berkenaan menyampaikan hasratnya itu kepada pihak Tabung Darah Terengganu, jurucakapnya memberitahu FMT.



Wanita itu menjadi tumpuan orang ramai setelah tular laporan beliau mempunyai darah jenis Rh-null (Rhesus null) yang amat jarang ditemui.

Bagaimanapun, hasrat orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai wanita berkenaan di pintas pihak Tabung Darah atas permintaan beliau sendiri.

Menurut pentadbir laman facebook Derma Darah Terengganu Kite, wanita yang berasal daripada negeri itu meminta supaya segala butiran mengenainya dirahsiakan.

“Kami tidak boleh beri maklumat penderma darah tersebut sebab dia tidak bersedia untuk ditemuramah dan minta agar identitinya dirahsiakan,” menurut pentadbir laman sosial itu.



Menurut beberapa portal, darah jenis Rh-null atau darah emas dilaporkan memberi risiko besar kepada pemiliknya, namun mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan jutaan manusia lain.

Keunikan darah emas itu adalah ia dapat diterima oleh sesiapa sahaja kerana sifat-sifat uniknya.

Pentadbir laman berkenaan berkata wanita tempatan itu mula aktif menderma darah pada 2016. FMT

Wanita berdarah emas mahu identitinya dirahsiakan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker