Volvo XC60, pintar sepenuhnya

Volvo XC60, pintar sepenuhnya

Volvo Car Malaysia mengorak langkah ke arah elektrifikasi dengan menambah lebih banyak lagi teknologi dan inovasi pada model terbaharunya, Volvo XC60.

Digelar ‘Smarter XC60’, model baharu ini muncul dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, rupa luaran yang segar dan integrasi teknologi terkini dengan Perkhidmatan Google.

Volvo XC60 baharu adalah kemuncak perkongsian antara Volvo Cars dan Google untuk menyediakan sistem infotainment yang pertama seumpamanya, lengkap dengan pelbagai Perkhidmatan Google.

Model yang dipertingkatkan ini akan menampilkan Pakej Perkhidmatan Digital baharu yang terdiri daripada Google Assistant dikawal suara bersepadu yang membolehkan kawalan ke atas banyak aplikasi dalam kereta termasuk Google Maps, membolehkan lebih banyak perkara dapat dilaksanakan tanpa gangguan pemanduan, sekali gus menghindari keperluan untuk melepaskan tangan dari stereng.

“Smarter XC60 dengan Perkhidmatan Google menawarkan pengalaman infotainment paling intuitif dalam industri automotif.

“Ia menepati sepenuhnya janji jenama kami untuk memberikan kebebasan untuk bergerak secara mampan dan selamat,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump.

Keunggulan rekaan disepadukan dengan teknologi yang diterapkan oleh Volvo.
Keunggulan rekaan disepadukan dengan teknologi yang diterapkan oleh Volvo.

Volvo XC60 baharu menampilkan reka bentuk Scandinavia yang kaya dengan penambahan halus pada bahagian luar.

Perubahan itu termasuk gril, bampar hadapan dan warna luaran yang baharu.

Untuk Recharge T8, Volvo XC60 baharu bakal muncul dengan reka bentuk roda aloi potongan berlian hitam 19 inci 6-multispoke hitam dan sistem bunyi Bowers dan Wilkins untuk bahagian dalam.

Smarter Volvo XC60 juga mempersembahkan pelbagai rangkaian mod pemanduan, disesuaikan dengan pilihan pemandu, daripada mod Elektrik Tulen dengan pelepasan paip ekor sifar untuk kesedaran alam sekitar kepada mod Kuasa untuk mereka yang suka memandu.

Enjin padu Volvo XC60 dilengkapkan enjin berkembar 4-silinder 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic.

Enjin dibantu oleh pengecas super serta pengecas turbo, menghasilkan 407 kuasa kuda (hp) dengan tork 640Nm, manakala tambahan 87hp dan 240Nm daripada bateri.

Volvo XC60 baharu telah menjalani ‘pecutan abad’ 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 5.3 saat, serta memiliki kecekapan bahan api 2.2 liter setiap 100 kilometer (km).

Dari aspek keselamatan, Volvo XC60 baharu dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif Volvo yang terkini dan cemerlang, Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), dengan pengelakan perlanggaran, bantuan menjaga lorong, mitigasi laluan, lintasan-amaran lalu lintas dengan brek automatik, Sistem Maklumat Titik Buta dan kamera pandangan keliling.

Kehebatan lain adalah seperti Aplikasi Volvo Car dan Perkhidmatan Sambungan, aplikasi yang menghubungkan anda dengan Volvo anda, membolehkan kawalan jauh yang mudah untuk beberapa fungsi kereta.

Dengan hanya menggunakan peranti mudah alih atau kawalan suara, anda boleh tentukan keadaan kereta anda yang diparkir, menyemak status kereta, mengunci atau membuka kunci pintu dan banyak lagi.

Dengan harga bermula RM325,449, Smarter XC60 Volvo akan tersedia untuk semua pengedar sah Volvo di seluruh negara bermula 26 November lalu.

Tempahan atas talian juga boleh dibuat melalui laman web Volvo Car Malaysia.

INFO:

Volvo XC60

* Harga bermula RM325,449

* Enjin berkembar 4-silinder 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan Geartronic

* Jentera dibantu pengecas super serta pengecas turbo, menghasilkan 407 hp dengan tork 640Nm, manakala tambahan 87 hp dan 240Nm daripada bateri

* Pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.3 saat

* Kecekapan bahan api 2.2L per 100km

* Aspek keselamatan: ADAS dengan pengelakan perlanggaran, bantuan menjaga lorong, mitigasi laluan, lintasan-amaran lalu lintas dengan brek automatik, Sistem Maklumat Titik Buta dan kamera pandangan keliling.

* Integrasi teknologi terkini dengan Perkhidmatan Google termasuk Google Maps dan Google Assistant

Model pintar Volvo XC60 menjadi pemangkin kepada kenderaan masa depan dikeluarkan Volvo. Keunggulan rekaan disepadukan dengan teknologi yang diterapkan oleh Volvo. BH

Volvo XC60, pintar sepenuhnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker