Khairy dilantik Ahli Lembaga Pengarah JDT

Khairy dilantik Ahli Lembaga Pengarah JDT

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ sah menyertai kelab gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkembangan itu dimaklumkan kelab berkenan dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, hari ini.



Kelab berkenaan memaklumkan Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor.

“JDT ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas pelantikan beliau sebagai penasihat belia Johor,” kata kelab itu.

Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sudah memberi bayangan bahawa Khairy akan menyertai JDT selain bakal dilantik sebagai penasihat belia Johor.



Khairy pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013-2018 di mana beliau mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat.

Pagi tadi ketika mengendalikan segmen Bekpes Hot pada hari pertama sebagai penyampai radio HotFM, Khairy memberi bayangan bakal menyertai JDT yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan penasihat belia Johor mampu memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta bola sepak negeri itu.

Perkara itu disuarakan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdasarkan pengalaman luas dimiliki Khairy terutama pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013-2018.



“Saya sudah bertemu Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai penasihat belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor,” kata TMJ menerusi akaun Twitter miliknya, hari ini. BH

Khairy dilantik Ahli Lembaga Pengarah JDT

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker