Syarikat arah calon temu duga pakai topeng
BEIJING – Sebuah syarikat di Chengdu, China menjadi perhatian ramai kerana meminta calon temu duga memakai topeng bagi mengelakkan diskriminasi berdasarkan paras rupa, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Chengdu Ant Logistics menjadi tajuk utama berita selepas klip video memaparkan proses temu duga syarikat logistik berkenaan tular di media sosial China baru-baru ini.
Video dirakam oleh salah seorang calon itu memaparkan sebilangan pemohon menanti untuk ditemu duga sambil memakai topeng.
Pegawai sumber manusia dan eksekutif syarikat juga dilaporkan memakai topeng muka.
Syarikat tersebut ketika mengulas mengenai video itu berkata, ia dirakam ketika pameran pengambilan pekerja dwitahunan, manakala pemakaian topeng muka diperkenalkan untuk mengelakkan keputusan berat sebelah berdasarkan paras rupa.
Tambah Chengdu Ant Logistics, kaedah luar biasa pengambilan pekerja itu dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan kepada calon serta menekankan fakta bahawa syarikat itu menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka.
Video itu menjadi tular dan menerima banyak respons positif orang ramai yang mengaku bahawa mereka tidak kisah sekiranya diminta memakai topeng ketika ditemu duga.
“Sebagai seorang yang pemalu, saya akan menyukai sesi temu duga demikian,” kata seorang netizen.
“Ini adalah kesamarataan. Wajah yang menarik tidak wajar menjadi sandaran,” kata seorang pengguna lain. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bekas peninju negara dipenjara 5 tahun kerana terlibat dalam kumpulan jenayah AYT 99
- Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
- Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar
- Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar
- Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia
- SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’
- Axia baharu harga bermula RM38,600
- Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP
- Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz
- Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN
- Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis
- Pekerja valet rempuh 2 Lamborghini milik bilionair
- Suspek amang seksual kerat zakar sendiri guna sabit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]
Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang