Lelaki tikam bekas kekasih sebelum hantar mangsa ke hospital

Seorang gadis berusia 17 tahun dilaporkan ditikam, diculik dan kemudian dibawa ke sebuah hospital oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian di Ramanagara, negeri Karnataka semalam, lapor portal berita India Today.

Menurut polis, suspek menikam gadis itu dan kemudian menculiknya di dalam kereta di hadapan kolej mangsa.

Apabila menyedari mangsa  mengalami pendarahan di dalam kereta, lelaki tersebut membawanya ke sebuah  hospital untuk menerima rawatan.



Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) hospital menunjukkan gadis berkenaan dibawa keluar dari kenderaan suspek.

Terdapat beberapa orang cuba memberhentikan kenderaan itu dengan membaling batu tetapi saksi berkata, kenderaan suspek memecut dengan laju.

Menurut sumber, gadis dan lelaki itu telah menjalin hubungan sejak 2020.

Bagaimanapun, ibu saudara gadis itu tidak merestui hubungan mereka sehingga menyebabkan konflik antara dua keluarga berkenaan.



Berikutan itu, gadis tersebut mula mengelak daripada menemui suspek.

Suspek telah ditahan polis dan kini disoal siasat. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker