Malaysia tetap bantu Syria – Anwar

Malaysia tetap bantu Syria – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus membantu Syria yang turut terkesan dengan bencana gempa bumi, tanpa mengambil kira dasar luar Amerika Syarikat (AS) berhubung negara itu.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan segera menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ke Syria untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan secepat mungkin, sebaik kerajaan negara itu memberi kebenaran.

“Dari awal lagi, usaha kita mengumpul dana sudah diputuskan untuk turut membantu Syria dan menghantar alat perubatan walaupun ketika itu AS belum memberi pelepasan sekatan.

“Soal kemanusiaan dan bantuan kepada mereka itu, kita tidak hirau dasar AS. Kerajaan Malaysia sudah putuskan sejak minggu lalu bahawa kita tetap akan hantar pasukan membantu sebaik saja ada sambutan daripada kerajaan Syria.

“Tetapi yang telah diputuskan adalah dana dan alat perubatan, selain Menteri Pertahanan ada jelaskan untuk membawa kelengkapan hospital medan ATM untuk dipasang di Syria,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai pendirian Perdana Menteri berhubung bantuan ke Syria berikutan AS hanya memberi pengecualian sekatan selama 180 hari.

Berdasarkan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), jumlah korban terkini bencana gempa bumi di Turkiye mencecah lebih 29,000 dengan angka korban di negara adalah 24,617 orang, manakala di Syria seramai 4,500 orang. BH

Malaysia tetap bantu Syria – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker