Tuduhan seleweng RM440,000, ketua Umno Shah Alam mengaku tak salah

Tuduhan seleweng RM440,000, ketua Umno Shah Alam mengaku tak salah

Seorang pemimpin bahagian Umno mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan penyelewengan dana berjumlah RM440,000 dan penggunaan dokumen palsu.

Azahari Shaari, ketua Umno Shah Alam berdepan tiga tuduhan penyelewengan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Selain itu, beliau turut berdepan dua dakwaan penyelewengan RM240,000 (masing-masing RM120,000) daripada Persatuan Belia Bersatu Teguh Shah Alam dengan menggunakan dana diperuntukan bagi pertubuhan itu sempena majlis Hari Raya Haji, pada September 2017.

Beliau juga dituduh menyeleweng RM200,000 daripada satu lagi pertubuhan, Persatuan Belia Kampung Kuantan Utara, dan menggunakan dananya bagi menganjurkan majlis untuk anak yatim, pada bulan sama.

Sekiranya didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara antara enam bulan sehingga lima tahun, sebatan dan denda bagi setiap kesalahan.

Tertuduh berdepan tiga lagi pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana didakwa memalsukan dokumen melibatkan dua pertubuhan terbabit. Semua kesalahan itu dikatakan berlaku, pada 19 Mei 2010.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda bagi setiap kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai, memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM100,000.

Bagaimanapun, peguam Azahari, Ashok Kandiah, berkata jumlah dimohon pihak pendakwaan terlalu berlebihan.

Ashok berkata, Azahari memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang setahun siasatan dilakukan berhubung kes itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozilah Salleh menetapkan ikat jamin RM80,000 dengan dua penjamin, selain mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sementara menunggu kes dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 13 April ini bagi sebutan semula kes. FMT

Tuduhan seleweng RM440,000, ketua Umno Shah Alam mengaku tak salah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker