Pelajar kolej ditahan bantu siasatan kes rogol remaja sekolah

KEMAMAN – Seorang remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di sebuah rumah sewa di daerah ini, Selasa lalu.

Pelajar kolej berusia 17 tahun itu ditahan selepas keluarga mangsa menyerahkannya kepada pihak polis kira-kira jam 5 pagi pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berkenalan dengan mangsa berusia 14 tahun pada Oktober tahun lalu melalui aplikasi Telegram dan turut berhubung melalui aplikasi WhatsApp.



Menurutnya, suspek datang ke rumah gadis berkenaan pada Selasa minggu lalu dan membawa mangsa keluar bersiar-siar tanpa pengetahuan keluarga sebelum membawa mangsa ke bilik sewanya.

“Ketika berada di bilik tersebut, suspek dan mangsa telah melakukan hubungan seks sebanyak dua kali sebelum mangsa dihantar pulang.

“Perbuatan itu terbongkar selepas abang mangsa memeriksa telefon bimbit mangsa pada 10 Februari lalu dan mendapati mangsa ada berhubung dengan suspek.

“Abang mangsa mengesyaki mangsa melakukan hubungan bersama suspek dan membawa adiknya itu bertemu suspek sebelum menyerahkan suspek ke balai polis,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Isnin.



Menurut Hanyan, difahamkan suspek melakukan hubungan kali kedua bersama mangsa selepas melakukan perbuatan sama pada Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula Isnin dan kes itu disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan melibatkan kes rogol remaja bawah umur.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker