Kemalangan, polis dan jururawat maut bertembung

BALIK PULAU- Seorang anggota polis dan jururawat maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Tun Sardon, di sini pada jam 6.45 pagi Isnin.

Mangsa, Norliana@Norsyazwani Roslan, 29, disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 9.30 pagi akibat cedera parah pada kepala dan perut.

Sementara itu, Koperal Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya pula meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah.

Difahamkan, ketika kejadian, Muhammad Zohair datang dari arah Relau menghala ke Balik Pulau manakala Norliana yang bertugas di Hospital Bertam dari arah rumahnya iaitu Balik Pulau menuju ke arah Relau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker