Mangsa kedua kanak-kanak lemas dalam longkang Ukay Perdana akhirnya ditemukan

AMPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas di bawah timbunan sampah pada Isnin, selepas dipercayai terjatuh dalam longkang dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Jalan Ukay Perdana, di sini, sejak Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Rizqullah Mohd Shafie itu ditemukan dalam jarak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa telah dijumpai pada jam 5.10 petang, kita sedang dalam proses bawa mangsa keluar dari lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Sabtu, media melaporkan dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini.

Mangsa pertama, Wan Muhammad Ammar berusia lapan tahun ditemui pada jam 6.30 petang pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dilaporkan berkata, ibu bapa kepada kedua-dua mangsa akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika dua kanak-kanak itu sedang bermain air di kawasan longkang terbabit sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memerhatikan anak-anak dengan tidak membiarkan mereka bermain tanpa pengawasan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker