UMNO kekal pertahan Anwar sebagai PM hingga akhir penggal – Ahmad Maslan

BANGI: Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata parti itu kekal komited menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri hingga tamat penggal demi kestabilan politik negara.

Beliau berkata, ia selaras resolusi dicapai dalam Perhimpunan Agung Umno bulan lepas.

“Jadi, apabila kita sokong kerajaan ini, maksudnya Anwar adalah perdana menteri yang kita ada (hingga akhir penggal)…supaya wujud kestabilan dalam negara kita,” katanya selepas melancarkan Program Inkubator Sukan Dron di Universiti Kebangsaan Malaysia.



Timbalan menteri kewangan itu berkata demikian ketika menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menzahirkan hasrat untuk melihat Anwar kekal sebagai perdana menteri terakhir dilantik di bawah pemerintahan Seri Paduka semasa pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 hari ini.

Beliau menyeru Ahli Parlimen lain bukan saja menjunjung kasih titah Sultan Abdullah, tetapi juga memastikan kestabilan politik negara dicapai.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, arena politik negara kini stabil dengan wujudnya kerajaan perpaduan yang memperolehi sokongan 148 ahli Dewan Rakyat, iaitu lebih dua pertiga majoriti.

“Sejak PRU 2004, kali ini baru kita dapat majoriti sebanyak ini,” katanya.



Terdahulu, ketika bertitah di Parlimen, Sultan Abdullah menyambut baik permuafakatan dicapai kerajaan perpaduan yang selari hasrat baginda membentuk sebuah kerajaan stabil dan utuh.

Seri Paduka turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar yang dilantik perdana menteri ke-10 dan barisan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan.

Baginda juga meminta semua pihak berlapang dada dan menerima serta menghormati keputusan PRU15 dengan hati terbuka.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker