Penduduk minta pasang siren amaran awal banjir

Penduduk minta pasang siren amaran awal banjir

HULU TERENGGANU: Penduduk Kampung Belukar Bukit di sini berharap kerajaan memasang siren amaran awal banjir di kawasan itu bagi memastikan komuniti setempat lebih bersiap-siaga menghadapinya termasuk kejadian kepala air.

Tinjauan mendapati, mereka masih trauma dan bimbang dengan keselamatan keluarga masing-masing setelah banjir terburuk dalam tempoh 60 tahun berlaku pada 27 Februari lalu.



Kejadian banjir terburuk itu yang berpunca daripada kejadian kepala air turut mengakibatkan beberapa buah rumah dan jambatan rosak akibat dihentam pokok-pokok yang hanyut bersama arus deras dalam sungai berdekatan.

Seorang penduduk, Siti Khadijah Hamid, 53, berkata, kejadian itu menyebabkannya diselubungi ketakutan sekiranya hujan lebat berterusan kerana khuatir peristiwa sama berulang.

“Sebelum ini memang tidak pernah berlaku banjir teruk begitu tetapi tidak mustahil erjadi lagi selepas ini. Kejadian banjir luar biasa begitu tidak dapat dijangka, jadi saya rasa perlu dipasang sistem amaran awal.

“Sekurang-kurangnya penduduk boleh ambil langkah awal serta siap-sedia. Kejadian Februari lalu, saya terpaksa harung air dipenuhi kayu sejauh hampir 20 meter keluar dari rumah untuk selamatkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belukar Bukit di sini, semalam.



Seorang lagi penduduk, Nor Hayati Ahmad, 38, pula berkata, sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca semakin tidak menentu apabila hujan sering berlaku sehingga menyebabkan penduduk sering berada dalam kebimbangan sekiranya berlaku banjir.

Malah, katanya, musim tengkujuh juga semakin hampir dan mungkin berlaku banjir yang lebih buruk.

“Saya harap siren amaran awal banjir dapat di pasang awal di kawasan ini untuk memudahkan penduduk membuat persiapan berpindah ke tempat selamat,” ujarnya.

Sementara itu, A. Rudzai Hussin, 51, menyarankan pihak berkuasa mendalamkan sungai di kampung itu yang cetek selepas kejadian kepala air pada Februari lalu.



Menurutnya, kerja-kerja mendalamkan sungai itu untuk mengelakkan air sungai melimpah selepas hujan lebat berterusan beberapa hari.

“Walaupun Kampung Belukar Bukit bukanlah lokasi banjir saban tahun di daerah Hulu Terengganu, kita harapkan dapat diberikan perhatian sewajarnya bagi menjamin keselamatan penduduk,” ujarnya. Utusan

Penduduk minta pasang siren amaran awal banjir


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual



Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker