BN sasar menang lapan kerusi Parlimen di Kedah

#PRU15

BN sasar menang lapan kerusi Parlimen di Kedah

Barisan Nasional (BN) yakin mampu menambah bilangan kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selepas hanya menang dua pada pilihan raya lalu.

Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Othman Aziz, berkata pihaknya berharap dapat menang sekurang-kurangnya lapan kerusi Parlimen bagi membantu BN di peringkat Pusat.

Katanya, kerusi yang menjadi sasaran BN kebanyakannya adalah kawasan majoriti pengundi Melayu di pinggir dan luar bandar negeri ini.

“Dengan kerja kuat rakan komponen, BN mungkin dapat tambah satu atau dua kerusi lagi di kawasan bandar seperti Alor Setar dan Padang Serai.

“Jerlun salah satu kawasan yang boleh menang, selain kita harap menang di kerusi seperti Kubang Pasu dan Langkawi.

“Kita letak sasaran bersandarkan prestasi ketika ini selain sentimen semasa melalui perkhidmatan diberikan pihak lawan sepanjang lima tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Dewan Kampung Kerpan, Ayer Hitam di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris turut menyampaikan sumbangan kepada 80 keluarga miskin dan turut menyerahkan bantuan kerusi roda kepada penduduk yang uzur.

Pada PRU-14, BN cuma menang dua kerusi Parlimen di Kedah iaitu di Padang Terap dan Baling.

Mengulas mengenai peluang BN menang di Parlimen Jerlun, Othman yang juga Ketua UMNO Jerlun berkata, tumpuan jentera ketika ini adalah sememangnya ke arah itu.

“Rata-rata pengundi seramai 68,000 di Jerlun rasanya sedar bahawa banyak perkara yang diharapkan dari wakil rakyat sebelum ini, tidak dapat ditunaikan.

“Antara isu adalah perkara asas seperti bekalan air serta bantuan musibah dan malapetaka. Malah infrastruktur dan permintaan petani serta nelayan juga tidak dipedulikan,” katanya. HM

BN sasar menang lapan kerusi Parlimen di Kedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker