Dikritik calon suami kulit gelap, wanita sedikit pun tidak kisah

Arum mengingatkan netizen agar tidak menghakimi Makruf hanya daripada penampilan fizikal. – Arum Puspitasari

Seorang wanita dan tunangnya menjadi perhatian netizen di Indonesia kerana perbezaan rupa paras mereka yang dikatakan tidak sepadan, lapor portal berita Wolipop.

Berdasarkan klip video yang tular di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Arum Puspitasari itu  sedang menjalani sesi fotografi praperkahwinan bersama tunangnya.

Kedua-dua mereka memakai pakaian pengantin mengikut adat masyarakat Jawa sambil duduk di atas pelamin.

Arum disifatkan sebagai seorang wanita jelita dan berkulit putih, berbeza dengan tunangnya yang berkulit hitam manis.

Wanita berusia 26 tahun itu ketika disoal Wolipop mengakui tidak menyangka akan menjadi tular kerana rakaman praperkahwinan itu berlangsung pada 26 Disember tahun lalu.

Dia juga mengaku  menerima pelbagai komen negatif mengenai calon suaminya, Makruf yang berumur 24 tahun.

“Hal seperti itu sudah biasa, bahkan orang di sekeliling  kita juga banyak yang begitu. Namun, kita perlu menganggapnya sebagai perkara biasa sahaja,” katanya.

Wanita itu turut mengingatkan netizen agar tidak menghakimi Makruf hanya daripada penampilan fizikal kerana menurutnya, dia merupakan seorang lelaki yang baik hati.

“Jangan menilai luaran sahaja. Ada yang baik bagi anda, belum tentu baik untuk orang lain,” ujarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Berkahwin bukan mengenai paras rupa semata-mata. Mungkin ada sifat lelaki itu yang tidak ditemui pada individu lain,” kata seorang netizen.

“Mungkin lelaki itu kaya,” ujar seorang pengguna lain. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker