Padah berzina, lelaki disebat 100 kali dan jel 42 bulan

Gambar Hiasan

BANDA ACEH – Seorang lelaki di Kecamatan Julok, Kabupaten Aceh Timur dijatuhi hukuman 100 kali sebatan dan penjara 42 bulan setelah didapati bersalah melakukan zina dan menyebarkan gambar bogel kekasihnya, lapor portal berita MODUSACEH.CO kelmarin.

Hakim Mahkamah Syariah Idi membuat keputusan itu pada Isnin lalu setelah pemuda berkenaan yang berusia 20 tahun, melakukan perbuatan zina dengan kekasihnya berumur 17 tahun.

Maklumat yang diperoleh MODUSACEH.CO mendapati kekasihnya masih bersekolah di Sekolah Menengah Atas (SMA) dan kedua-dua mereka merupakan warga Kecamatan Julok, Aceh Timur.

Perbuatan zina itu dilakukan di tandas surau dan tempat-tempat lain manakala ia turut dirakam oleh tertuduh.



Peguam bela tertuduh, Zaid Al Adawi SH menyatakan pemuda tersebut sedia menerima hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

“Mereka kemudian telah melakukan perdamaian keluarga. Pokoknya, terdakwa menerima keputusan itu,” kata Zaid, kepada MODUSACEH.CO kelmarin. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker