Norman Hakim kunci mulut

Norman Hakim kunci mulut

Walaupun berdepan ujian hebat apabila terbongkar kisah perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang berkahwin secara senyap di Songkhla, Thailand dan memilih menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam pada 27 Disember lalu, namun pelakon Norman Hakim memilih berdiam diri dan enggan mengulas kontroversi itu.

Meninjau ke akaun Instagram (IG) miliknya, Norman sebaliknya mengajak pengikut melakukan amalan berzikir bagi mengingati Allah SWT.



Kalimat zikir dikongsikan itu pula menghadiahkan ganjaran pahala yang cukup berat dan sangat dicintai oleh Allah.

“Subhanallahil ‘Azim (Maha Suci Allah Yang Maha Agung),” kongsinya yang meminta pengikut untuk berzikir sebanyak 1,000 kali.

Harian Metro cuba mendapatkan Norman bagi mendapatkan maklumat dan komen lanjut mengenai kisah tular perkahwinan Marissa bersama Aslam, namun panggilan telefon dan mesej WhatsApp yang dihantar tidak dijawab.

Dalam pada itu, kelibat Marissa tidak kelihatan dalam hantaran terbaharu Norman sempena ulang tahun anak lelakinya, Awishz mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan mereka ketika ini.



Malah, Marissa juga dikatakan sudah berhenti mengikut akaun media sosial kedua ibu bapanya.

Semalam disiarkan berita anak kepada pasangan selebriti itu sudah mendirikan rumah tangga secara senyap di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Pendedahan dibuat turut disahkan oleh Nadiah Mazlan, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan.

Pada September tahun lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.



Misya menerusi satu hantaran dalam media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan rujuk semula ketika dalam tempoh edah. BH

Norman Hakim kunci mulut

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker