Transaksi KJ beli vaksin amat diragui dari segi jumlah dan kos

Transaksi KJ beli vaksin amat diragui dari segi jumlah dan kos

Oleh Norzahira

Transaksi KJ beli vaksin amat diragui dari segi jumlah dan kos

SEBENARNYA rakyat Malaysia sudah lama mengesyaki Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) manipulasi pembelian vaksin memandangkan beliau dilihat sangat “berduit” ketika bertanding dikerusi Parlimen Sg Buloh pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Bagi penyokong tegar UMNO pula mereka sangat kecewa apabila KJ dilihat membawa naratif atau bahan kempen “saya reformis parti dan parti saya sudah sesat”. Beliau bertindak melampau memburukkan parti dan Presiden semasa kempen PRU15. Malah KJ sanggup menjaja fitnah ketika PAU UMNO 2022 kononnya wujud pengundi hantu.

Oleh itu, rakyat tidak terkejut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Kertas Putih perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang sebahagiannya dipercayai tidak mengikut peraturan dan ditandatangani tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.

Penyokong tegar KJ yang selama ini dihujani kemewahan sebenarnya sedang resah dilanda dilema ekoran pendedahan tersebut.

Lebih mengejutkan mereka apabila KKM bakal membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin dan kos yang berkaitan, sebahagiannya tidak mengikut peraturan dan ditandatangani menteri tanpa persetujuan Peguam Negara.

Pada peringkat awal, KKM dikatakan berjaya mengesan ketirisan yang dipercayai tidak melalui peraturan atau proses yang sepatutnya. Perolehan bagi sesetengah vaksin ini amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat.


Baca Artikel Menarik:


Menurut sumber yang lain juga, berlaku salahguna kuasa apabila vaksin turut dimanipulasikan apabila tarikh luput ditukar sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keselamatan rakyat Malaysia.

Kes-kes serangan jantung dan kematian mengejut dikatakan bertambah dengan drastik apabila pemberian vaksin dilaksanakan. Mungkin masalah tersebut bukan berpunca dari vaksin itu sendiri tetapi kerana tarikh luput vaksin diubah sesuka hati bagi memastikan keuntungan diraih dengan rakus. Menteri-menteri yang terlibat perlu bertanggungjawab. Mereka yang terkesan perlu diberikan pampasan yang secukupnya. Jangan buli rakyat Malaysia.

Johari pertahan lantikan anaknya

Transaksi KJ beli vaksin amat diragui dari segi jumlah dan kos


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Peluang Khairy jadi MB lebih cerah jika tanding di Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker