Adun Rembia hadir program PN akan diambil tindakan – Zahid Hamidi

Umno akan mengambil tindakan terhadap seorang Adun parti itu yang menyertai program PN di Johor malam tadi, kata presidennya Ahmhad Zahid Hamidi.

“Saya akan terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur petang ini.

Dia merujuk tindakan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis ke majlis pengumuman calon PN yang turut dihadiri pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin, di Bakri, Johor.

Terdahulu hari ini, Muhammad Jailani mempertahan tindakannya itu dengan berkata ia bukan atas kapasiti sebagai Adun Umno.

Menurut The Star, dia berkata kehadirannya itu bagi pihak NGO Muafakat Nasional yang diterajui bekas setiausaha agung BN Annuar Musa.

“Saya mewakili Annuar (di sini) kerana Muafakat Nasional berpegang teguh dengan kepercayaan kepada perpaduan ummah.

“Kebetulan, semangat yang sama dikongsi oleh PN. Kami percaya perpaduan ini tidak mati dan kami tidak bermusuhan dengan mana-mana parti politik,” katanya seperti dipetik.

Annuar menubuhkan Muafakat Nasional selepas dipecat daripada Umno pada Disember lalu. Dia juga sah menjadi ahli PAS pada Jun lalu.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker