Fasha terhina dilabel hipokrit

Fasha terhina dilabel hipokrit

Aktres Fasha Sandha terasa hati dituduh hipokrit hanya kerana mengenakan hijab ketika menghadiri acara tertentu.

Berkongsi perasaannya menerusi hantaran di Instagram (IG), petang tadi, pelakon sensasi itu berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian dan tiada sebarang keperluan menjelaskannya kepada sesiapa.



“Sudah lama tak tulis panjang-panjang. Hari ini, rasa nak tulis bila terbaca ‘hipokrit’ dan ‘namanya pun pelakon’ selepas membuat perkongsian mengenakan hijab ke majlis prebiu buka puasa, semalam.

“Ya, saya insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah tahap kayangan.

“Jadi, anda boleh menghukum kerana saya tidak berhijab? Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, tetapi bukan bererti saya milik masyarakat.

“Jangan senang melabel saya hipokrit hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai lagi wanita yang belum bertudung melakukan perkara sama seperti saya.



“Cuma bukan bererti mereka sudah berhijab boleh menghina kami sebegitu,” katanya.

Fasha berpendapat, dia tidak perlu jelaskan satu persatu tindakan yang diambil.

“Kenapa itu, ini…. Saya rasa tiada keperluan untuk menjelaskannya kepada semua orang melainkan keluarga, mereka yang rapat dan Allah,” tulisnya.

Meskipun kecewa dengan kecaman diterimanya, namun pelakon drama rantaian Khilaf Asmara ini terharu kerana masih ada insan yang memahami situasi serta dilema yang dihadapinya.



“Terima kasih kepada pengikut kesayangan, keluarga, teman media, peminat, sahabat berfikiran positif, mendoakan baik-baik dan tidak pernah menghakimi saya.

“Untuk yang menghina, saya ucapkan terima kasih. Nak hina berbakul-bakul, silakan. Cuma jangan membabitkan kerjaya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian,” luah Fasha.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen ramai yang tampil memberi kata-kata semangat kepada Fasha termasuk sahabatnya, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya. BH

Fasha terhina dilabel hipokrit



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)



Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker