`Durian Rahmah’ kini dijual

`Durian Rahmah’ kini dijual

SHAH ALAM: Seorang peniaga durian memperkenalkan pakej ‘Durian Rahmah’, dengan menjual raja buah itu pada harga RM4.99 sebekas, sejak minggu lalu.

Pengusaha gerai Durians Atok, Khairul Fahmy Md Yasin, 45, berkata inisiatif itu menerima sambutan menggalakkan dan menarik pembeli sehingga dari selatan tanah air ke gerainya.



Sebelum ini, beliau menjual sebekas durian, yang mengandungi durian kampung dan D24, dengan berat 300 gram (g) hingga 400 g pada harga RM8 ke RM9.

“Konsep Menu Rahmah itu seharusnya tidak dikecilkan hanya kepada makanan dan minuman harian.
Pengusaha produk lain juga sewajarnya turut serta untuk produk mereka dapat dinikmati semua golongan, khususnya B40.

“Inisiatif ini baik kerana peniaga lain boleh turut menurunkan harga barangan. Di samping itu, peniaga dapat membantu dan bersedekah kepada mereka yang tidak mampu,” katanya.

Khairul Fahmy berkata, beliau tidak menyangka konsep jualan yang dilaksanakan seiring dengan seruan kerajaan itu membuatkan gerainya di di Jalan Kebun, Kampung Batu 7, di sini, ‘diserbu’ peminat durian.



Beliau berkata, pada hari pertama, sebanyak 50 bekas durian terjual dalam masa 10 minit sahaja.

“Saya terkejut dengan sambutan ini. Jadi, saya tambah bekalan. Semalam, 600 bekas `Durian Rahmah’ ini terjual dan kita akan tambah lagi jika permintaan meningkat,” katanya.

Khairul Fahmy berkata, jualan `Durian Rahmah’ bermula pada jam 2.30 petang dan setiap pelanggan dihadkan untuk membeli dua bekas durian saja.

Selain durian, Khairul Fahmy turut menjual cendol durian pada harga serendah RM4.



Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan Menu Rahmah, yang menawarkan hidangan makanan tengah hari atau malam pada harga RM5 di 15,000 premis makanan, khusus untuk golongan miskin tegar. BH

`Durian Rahmah’ kini dijual

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol



Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker