Reformasi sesi soal jawab di Parlimen uji Anwar

Reformasi sesi soal jawab di Parlimen uji Anwar

Fenomena politik baharu di bawah Kerajaan Perpaduan menonjolkan perjuangan dalam reformasi institusi yang mendapat sokongan terutama ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil.

Sejajar reformasi sedang dilaksanakan pimpinan baharu, Parlimen perlu menjadi institusi diberikan fokus utama dalam menzahirkan agenda pembaharuan dan pengukuhan badan legislatif negara.



Reformasi Parlimen bukan sahaja demi mendapat kepercayaan rakyat, bahkan menjadikan institusi perundangan itu memiliki akauntabiliti dan bebas sepenuhnya daripada badan eksekutif.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, reformasi Parlimen yang masih dalam pertimbangan pelaksanaannya ialah pertanyaan Sesi Jawab Lisan Perdana Menteri. Sebelum ini, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) dilaksanakan sejak Oktober 2016 dengan memperuntukkan 30 minit kepada ahli Parlimen untuk mengemukakan pertanyaan dihadkan kepada satu minit dan menteri untuk menjawab dalam masa tiga minit.

Amalan seperti Sesi Jawab Lisan Perdana Menteri sebenarnya sudah lama dilaksanakan di House of Commons, United Kingdom (UK). Kelebihan amalan ini ialah ahli Parlimen diberikan masa sebanyak 30 minit untuk memberikan satu soalan tambahan khusus kepada Perdana Menteri berkaitan perkara seperti tanggungjawab serta pelaksanaan dasar kerajaan.

Elemen kejutan, ketidakpastian



Pastinya, soalan tambahan ini mempunyai elemen kejutan dan ketidakpastian kerana soalan diutarakan tidak diketahui Perdana Menteri terlebih dahulu.

Selain itu, kerajaan juga meneruskan kesinambungan dalam pelaksanaan jawatan Ketua Pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC). Jawatan ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam menggambarkan imej PAC lebih bebas sebagai badan pemeriksa.

Amalan dilaksanakan mengikut model Westminster itu, menunjukkan fungsi PAC sebagai antara badan institusi Parlimen sebagai badan semak dan imbang lebih kukuh serta dapat mencerminkan ketersediaan kerajaan bersikap telus.

Pada Ogos 2018, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika itu daripada UMNO melakar sejarah menjadi pengerusi pertama PAC daripada parti pembangkang.



Pelaksanaan itu diteruskan dengan Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga mewakili UMNO menjadi pengerusi wanita pertama bagi PAC pada April 2019. Pelaksanaan pengerusi PAC daripada parti pembangkang dikekalkan kerana memberi perubahan positif dan impak pada keberkesanan fungsinya sebagai badan pemeriksa.

Justeru, pelaksanaan Sesi Jawab Lisan Perdana Menteri diharap mampu menambah baik lagi fungsi dan peranan Parlimen demi mencapai agenda reformasi. Begitu juga, kesinambungan pelaksanaan pengerusi PAC daripada parti pembangkang mampu menghasilkan impak keberkesanan badan penyelia bagi prosedur kewangan dan akauntabiliti prestasi badan eksekutif. BH

Reformasi sesi soal jawab di Parlimen uji Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol



Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker