Perlu bincang dengan UMNO jika mahu terima bekas pemimpinnya – Anwar

Perlu bincang dengan UMNO jika mahu terima bekas pemimpinnya – Anwar

PKR perlu melakukan perbincangan terlebih dahulu dengan kepimpinan UMNO sekiranya mahu menerima bekas ahli parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun sehingga kini, parti itu masih belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung perkara itu.



“Saya perlu adakan perbincangan bersama pemimpin UMNO terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil untuk menerima atau tidak bekas ahli yang dibuang daripada parti tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sebelum itu, ada khabar angin mengatakan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipelawa menyertai PKR.

Sementara itu, apabila ditanya tahap terkini kesihatannya, Anwar yang juga perdana menteri mengesahkan dirinya sudah sihat untuk kembali bekerja selepas menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN), kelmarin.



“Alhamdulillah, saya sihat. Ia seperti pemeriksaan biasa sahaja dan saya yakin saya boleh bekerja itu yang saya minta keluar (IJN).

“Terima kasih kepada yang ambil berat tentang saya, itu sekadar pemeriksaan kesihatan biasa, saya sihat,” jelasnya. MG

Perlu bincang dengan UMNO jika mahu terima bekas pemimpinnya – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan



Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker