Mufti Pulau Pinang kesal umat Islam sertai perarakan agama lain

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kesal melihat ada umat Islam menyertai aktiviti berkait dengan upacara keagamaan bukan Islam, walaupun larangan mengenainya sudah dikeluarkan.

Ketika melahirkan kekesalan itu, Wan Salim berkata, perbuatan mereka menyertai aktiviti berkaitan upacara keagamaan seumpama itu termasuk perarakan, dibimbangi merosak keimanan kepada agama Islam.

Pihak berkuasa agama negeri masing-masing hendaklah menjelaskan hukum berkenaan kepada umat Islam dengan bantuan dan kerjasama seperti jawatankuasa kariah, pegawai masjid, guru takmir dan lain-lain lagi.

“Ternyata umat Islam terutama generasi baharu semakin tidak sensitif dengan hal yang boleh merosakkan iman dan akidah Islamiah mereka.

“Ramai yang tidak lagi memelihara batas hukum agama maka ibu bapa, pendidik, pihak-pihak berkuasa agama dan pimpinan masyarakat perlu memainkan peranan menjelaskan kepada mereka mengenai hukum haram kepada umat Islam menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain,” katanya.

Wan Salim mengulas mengenai video tular memaparkan sekumpulan individu Islam termasuk kanak-kanak menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam bersama pedati sambil melaungkan ungkapan tertentu.

Kejadian itu didakwa berlaku di Pulau Pinang, namun setakat ini tiada pengesahan daripada pihak berwajib.

Satu lagi video berasingan, memaparkan seorang wanita dipercayai Muslim menari di hadapan khemah pada sambutan keagamaan orang bukan Islam.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, masyarakat tidak seharusnya tersalah dalam memahami konsep toleransi beragama yang diharuskan, malah digalakkan dalam Islam.

“Tetapi toleransi berbeza dengan perbuatan menyertai orang bukan Islam melakukan ritual agama mereka dan ia mesti dijelaskan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Toleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianuti kaum lain di negara ini dan masing-masing adalah bebas beramal dengan ajaran agamanya tanpa gangguan mana-mana pihak.

“Toleransi beragama digalakkan di dalam Islam, tetapi penyertaan umat Islam dalam upacara keagamaan bukan Islam adalah diharamkan, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorang Muslim,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker