TMJ jadi pengurus Harimau Malaya, ini komen Presiden FAM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan tidak mustahil Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim boleh menjadi pengurus pasukan kebangsaan sekiranya perkara itu baik untuk masa depan Harimau Malaya.

Hamidin bagaimanapun menjelaskan perkara itu perlu dibincangkan bersama dengan barisan Exco FAM kerana keputusan mengenai apa sahaja dalam skuad kebangsaan adalah bukan keputusan individu.

“Kalau kata ada (hasrat TMJ mahu jadi pengurus), ia semua perlukan perbincangan. Itu kita bincang kalau perkara itu betul dinyatakan, saya kena bawa kepada Exco.

“Jadi saya ingat buat sementara ini tak perlu nak buat spekulasi, kalau datang dari mulut beliau, saya boleh jawab dan saya perlu menghadap beliau untuk bincang. Tapi ini spekulasi daripada orang ramai.

“Saya pun baru jumpa dia, saya tak tahu. Apa pun keputusan saya atau FAM berkenaan pasukan kebangsaan, bukan keputusan peribadi. Kalau ia baik untuk pasukan kebangsaan, kenapa tidak.

“Saya nak bola sepak negara naik, itu sahaja. Kalau itu bagus, tiada yang mustahil. Bukan saja berkenaan TMJ jadi pengurus, tapi membabitkan semua elemen. Ia kerana bola sepak bukan untuk individu, ia untuk rakyat,” katanya.

Hamidin berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis kesyukuran sempena beliau dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker