Wanita UMNO Titiwangsa nafi desak Noraini berundur

Wanita UMNO Titiwangsa nafi desak Noraini berundur

Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Mar Dg Matrok menafikan laporan akhbar tempatan yang mendakwa pihaknya menggesa Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berundur daripada jawatan Ketua Wanita UMNO.

Menurut beliau, Azwati Abdul Halim yang dipetik sebagai jurucakap dalam laporan berkenaan bukan pemegang jawatan dalam Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa.

Mar juga amat dukacita dan kecewa dengan laporan yang tidak bertanggungjawab yang sangat jelas tidak mengikut etika kewartawanan yang memerlukan ketelusan dan ketepatan sesuatu berita.

“Laporan terbabit dilihat mempunyai unsur yang tidak sihat.

“Saya amat menghormati tugas seorang wartawan dalam mendapatkan berita tetapi wartawan dan semua pihak perlu sedar kebebasan dalam menulis bukanlah mutlak tetapi tertakluk kepada tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Azwati dilaporkan mendesak Noraini berundur daripada mempertahankan jawatan yang disandangnya itu pada pemilihan parti tahun ini.

Beliau membuat gesaan itu supaya Noraini dapat bertanggungjawab sepanjang mengetuai Wanita UMNO. MG

Wanita UMNO Titiwangsa nafi desak Noraini berundur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker