Sekolah Cina sejak dulu lagi memang bermasalah: Kok Seong

Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kewujudan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan sepatutnya memberi keinsafan kepada golongan rakus Cina.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, mereka perlu insaf daripada keputusan itu kerana buat kali ini memihak kepada mereka.

“Jadi mereka janganlah terus angkuh. Selama ini orang Melayu tidak kisah pun dengan sekolah Cina sebelum, selepas merdeka sampai sekarang.



“Ada toleransi selama 64 tahun. Tetapi akhir-akhir ini sebab tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Kok Seong berkata, seharusnya sekolah Cina di negara ini mesti ada unsur watan dan Melayu.

“Tidak bolehlah apa-apa (perkara) yang Melayu nak tolak. Itupun melanggar perjanjian Kontrak Sosial,” tegasnya.

Cukup-cukuplah bantuan, sedar tak sekolah vernakular barah perpaduan?



Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa sekolah Cina ‘bermasalah’ ketika penjajahan British sehingga selepas merdeka.

“Sebelum merdeka, penjajah Inggeris ‘sakit kepala’ dengan orang Cina dan sekolah Cina.

“Setelah merdeka sampai ke hari ini, orang Melayu ‘sakit kepala’ dengan sekolah Cina, jadi ia memang bermasalah.



“Semenjak (penjajahan) British sampai ke hari ini. Selama 64 tahun orang Melayu ‘sakit kepala’ pun masih ada toleransi,” katanya.

Sekolah Cina sejak dulu lagi memang bermasalah: Kok Seong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker