Wanita kritikal selepas diserang singa peliharaan

Singa bernama Salome itu akan dipindahkan secara kekal ke persekitaran lebih sesuai. – Jam Press

Seorang wanita di Mexico terpaksa menerima rawatan di hospital selepas diserang oleh seekor singa peliharaan yang meloloskan diri dari rumah pemiliknya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Wanita tersebut, Lila Hernandez, 40, kini berada dalam keadaan kritikal selepas singa betina berusia dua tahun bernama Salome itu menyerangnya.

Singa tersebut dilaporkan turut menyerang beberapa haiwan lain di kawasan berkenaan dan membunuh sekurang-kurangnya seekor anjing sebelum menyerang Hernandez di tepi jalan pada kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan), Selasa lalu.

Ia akhirnya ditangkap oleh pemiliknya yang menyembunyikan haiwan itu di dalam sebuah kenderaan. Dia pada mulanya enggan menyerahkan singa tersebut kepada pihak berkuasa.

Pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Giovanni berkata, dia mempunyai semua permit yang diperlukan untuk menyimpan singa Afrika itu di rumahnya.

Dia juga mendakwa haiwan itu melarikan diri selepas rumahnya dipecah masuk oleh pencuri yang membiarkan pintu kediamannya terbuka.

Haiwan tersebut telah dipindahkan ke Taman Rodolfo Landeros yang terletak berhampiran dengan kawasan tersebut.

Susulan kejadian itu, Giovanni turut bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memindahkan singa secara kekal ke persekitaran lebih sesuai dan berjanji untuk menampung kos perubatan mangsa.- Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker