Polis buru lelaki pandu lori rempuh kerusi meja restoran

Polis buru lelaki pandu lori rempuh kerusi meja restoran

Seremban: Tindakan seorang pemandu lori yang dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di hadapan sebuah kedai makan di Taman Permai 3, di sini, membawa padah apabila rakaman kejadian itu tular.

Akibatnya, polis kini memburu pemandu kenderaan itu yang juga seorang lelaki bagi membantu siasatan kerana dipercayai memandu secara melulu.



Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sehingga kini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden itu, namun meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pihak berkuasa.

“Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Kerapu, Taman Permai 3, di sini, namun tarikh dan waktu kejadian masih dalam siasatan.

“Polis dalam usaha mengenal pasti suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi 1.03 minit itu tular memaparkan suspek lelaki secara tiba-tiba mengundurkan lori dipandu secara melulu ke arah kerusi dan meja makan di situ sehingga mengejutkan beberapa pelanggan.



Terdahulu, tanpa diketahui puncanya, pemandu berkenaan yang berada di dalam lori dilihat bertekak dengan pelanggan yang duduk di tepi jalan, bahagian luar sebuah restoran.

Dia kemudiannya terus memandu lori itu, namun berhenti dan mengundurkan semula kenderaan sehingga merempuh kerusi dan meja menyebabkan pelanggan terkejut, namun tiada mangsa dipercayai cedera.

Tindakan lelaki terbabit mengundang kemarahan orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum mengarahkannya supaya beredar. HM

Polis buru lelaki pandu lori rempuh kerusi meja restoran



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi



Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker