Mengapa AS tidak tembak belon pengintip China

 

WASHINGTON – Ketika Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Kanada terus mengawasi pergerakan belon peninjau China yang terapung di langit utara AS, satu persoalan muncul iaitu kenapa ia tidak ditembak jatuh, lapor portal berita CNN.

Pegawai-pegawai berkata, laluan belon itu membawanya ke beberapa lokasi sensitif di AS dengan belon menyampai saiz tiga buah bas itu dilihat di langit negeri Montana Rabu lalu. Kawasan itu menempatkan tempat penyimpanan bawah tanah peluru berpandu balistik antara benua milik tentera AS.

Bagaimanapun, Markas Utara AS kini bekerjasama dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk menentukan kawasan serpihan jika belon itu ditembak jatuh, demikian menurut seorang pegawai pertahanan.

“Kenapa tidak tembak jatuh? Jadi, persoalan pertama ialah adakah ia menimbulkan ancaman kepada penduduk di AS? Penilaian kami adalah tidak. Adakah ia menimbulkan ancaman kepada penerbangan awam? Penilaian kami adalah tidak.

“Adakah ia menimbulkan ancaman serius dari sudut risikan? Penilaian terbaik kami ialah tidak. Memandangkan risiko untuk menjatuhkannya, walaupun terdapat kebarangkalian rendah serpihan itu mengenai kawasan yang dihuni cuma segelintir penduduk dan mencederakan seseorang atau merosakkan harta benda, (menembaknya) adalah tidak berbaloi.”

Seorang pegawai AS berkata pada Jumaat lalu kepada CNN: “Ini bukan seperti ia hanya meletup dan tidak pergi ke mana-mana (jika ditembak). Ia besar dan ia adalah logam, ia akan meletakkan ratusan rakyat Amerika dalam risiko.”

Menurut portal berita Independent, belon udara itu pertama kali dilihat di ruang udara AS pada Rabu lalu di Billings, Montana sekali gus mendorong Pentagon mengumumkan bahawa pihaknya sedang memantau apa yang disifatkan sebagai belon peninjau altitud tinggi.

Presiden AS, Joe Biden diberi taklimat mengenai pergerakan belon itu dan meminta pilihan daripada pasukan penasihat tenteranya dan nasihat mereka adalah untuk tidak menembaknya jatuh.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai China menyatakan bahawa objek terbang itu adalah belon udara awam yang digunakan untuk tujuan penyelidikan terutamanya meteorologi tetapi menyimpang jauh dari laluan yang dirancang sebelum ini.

Menurut CNN, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menangguhkan lawatan ke China sebagai tindak balas kepada belon itu sekali gus menandakan fasa baharu yang ketara dalam ketegangan hubungan antara Washington dan Beijing. – Agensi

ika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker