Covid-19 : 5 kes lagi hari ini.

PUTRAJAYA: Lima kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 11 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian kekal 121 orang kerana tiada kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 2 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia merekodkan 8,668 kes Covid-19 dengan 8,476 daripadanya disahkan sembuh setakat hari ini.

Ketika ini, 71 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara.

Noor Hisham berkata, daripada 5 kes baru yang dilaporkan, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Ingin dimaklumkan daripada 5 kes baru yang dilaporkan, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker