Fatwa baru tak bercanggah konsep ‘Bangsa Johor’ – Sultan Ibrahim
Fatwa baru tak bercanggah konsep ‘Bangsa Johor’ – Sultan Ibrahim
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, fatwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) semalam yang melarang umat Islam menghadiri perayaan dan upacara ritual masyarakat bukan Islam, tidak bercanggah dengan konsep “Bangsa Johor”.
Titah baginda, konsep Bangsa Johor diperkenal negeri itu bagi meraikan kepelbagaian kaum dan agama yang dianuti rakyat berbilang kaum.
Sultan Johor bertitah, fatwa itu adalah garis panduan untuk umat Islam.
“Fatwa itu hanya melarang umat Islam daripada mengambil bahagian dalam ritual agama lain. Ia adalah garis panduan untuk mereka. Mereka masih boleh menghadiri majlis perayaan agama lain,” titahnya dalam kenyataan.
Baginda bertitah, diharapkan dengan penjelasan, ia akan dapat menghentikan sebarang kekeliruan mengenai fatwa baru itu kerana hanya menjelaskan perkara dibenarkan kepada umat Islam dan dilarang dalam Islam.
“Jika masih keliru, sila berjumpa mufti negeri untuk penjelasan lanjut,” titah baginda.
Titah baginda lagi, semua agama menekankan nilai murni seperti belas kasihan, hormat-menghormati, toleransi, kesederhanaan dan kebaikan dan rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan terhadap nilai yang menyatukan sesama masyarakat, bukannya perbezaan kaum atau agama satu sama lain.
MAINJ semalam mengeluarkan fatwa mengenai larangan ke atas orang Islam menghadiri upacara ritual perayaan agama lain di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata ia sebagai menjunjung titah Sultan Ibrahim yang memperkenan fatwa itu berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, ulama daripada empat mazhab, iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali sepakat hukum umat Islam menghadiri upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.
Mufti Johor Yahya Ahmad ketika dihubungi FMT menjelaskan, mengikut fatwa itu, umat Islam di Johor dilarang mengikuti perarakan Thaipusam dan mengambil bahagian dalam sambutan Pongal.
Beliau menjelaskan bahawa perayaan itu ditakrifkan sebagai ritual keagamaan menurut fatwa berkenaan kerana ia “khusus” untuk penganut Hindu.
“Sekiranya ia diadakan di rumah-rumah ibadat agama berkenaan, maka ianya termasuk dalam maksud fatwa ini,” katanya. FMT
Fatwa baru tak bercanggah konsep ‘Bangsa Johor’ – Sultan Ibrahim
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata tiada duit bayar gaji staf Bersatu, itulah yang UMNO rasa selama ini
- Shuib di salahkan kerana berat badan Watie naik 10kg
- ‘Sedekah pilihan raya’: SPRM sedang kenal pasti 90 individu
- Asyik ‘overtime,’ kena maki punca pekerja tikam mati bos
- Saya tak digantung Umno – Ismail
- Rashidi Ishak kembali berkahwin
- Bella dedah mesej Sophia
- Apa sudah jadi dengan imej ‘bersih’ PN?
- Johari Abdul lantik anak, satu lagi dakwaan nepotisme
- Siapa 5 calon berpotensi sebagai Ketua Pemuda UMNO
- Mahathir, Muhyiddin diarah fail pembelaan kes saman projek HSR
- Isham pindah ke UMNO Bahagian Putrajaya
- ‘Drama’ Aliff, Sophia sebelum tayang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]